fbpx
Close

FAQs Untuk Pengguna

Lapar adalah perkhidmatan penghantaran makanan Mesra Muslim yang membawa makanan bukan sahaja dari kedai makan malahan masakan dari rumah untuk dihantar terus kepada pelanggan kami.

Kawasan penghantaran terpilih di sekitar Shah Alam, Kota Kemuning, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setia Wangsa, Keramat, Lembah Pantai, Bangsar, Johor Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Kulai & Senai.

Kami menawarkan pelbagai kaedah pembayaran seperti pembayaran secara tunai, e-wallet, perbankan atas talian dan secara kad kredit atau kad debit.

Isnin hingga Ahad, 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Malangnya, anda mesti berdaftar sebelum membuat pesanan.

  • – Mungkin anda berada di luar kawasan penghantaran restoran
  • – Restoran ditutup atau tidak dapat menerima pesanan
  1. Ya boleh. Semasa daftar keluar, kemas kini nama dan alamat penghantaran individu yang ingin membuat pesanan.

Biasanya anggaran waktu penghantaran akan dinyatakan di aplikasi dari ketika anda membuat pesanan. Jangkaan penghantaran bergantung kepada

– Saiz pesanan

– Penerimaan dan menyediaan pesanan anda oleh restoran

– Jarak antara alamat penghantaran dan restoran anda

  • – Keadaan cuaca

Sekiranya anda memesan kurang daripada nilai pesanan minimum, anda harus membayar caj pesanan minimum RM2

Sila ambil gambar makanan yang anda terima dan hantarkan ke khidmat pelanggan kami melalui Whatsapp. Khidmat pelanggan kami akan membantu anda dalam masa terdekat.

Membuat pesanan salah atau bertukar fikiran? Jangan risau anda boleh membatalkan pesanan sebelum pesanan anda diterima oleh restoran. Sekiranya restoran telah menerima pesanan, anda tidak boleh membuat pembatalan ini disebabkan pesanan anda mungkin telah dibuat.

Malangnya, anda tidak dapat membuat pesanan dari pelbagai restoran dalam pesanan yang sama. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pesanan anda secara berasingan dari pelbagai restoran.

Restoran berhak untuk membatalkan pesanan kerana makanan yang dipesan oleh anda kehabisan stok. Anda tidak akan dikenakan bayaran dalam kes ini. Pemulangan tunai akan diproses dalam 14 hari bekerja

Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui

No. Perhubungan 603 – 2725 5678 atau WhatsApp: 6016 – 3399 950 atau support@lapar.my

FAQs Untuk Rakan Niaga

Kami membantu restoran meningkatkan jumlah jualan mereka tanpa kos tambahan dan membantu memperluaskan perniagaan di atas talian.

Sila isi borang permohonan. Wakil kami akan menghubungi anda sebentar lagi untuk menyelesaikan pendaftaran anda.

Ya, anda boleh mengedit dan menambahkan makanan baru ke menu melalui aplikasi anda.

Anda boleh rujuk transaksi melalui aplikasi rakan niaga.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank rakan niaga dalam T+3 hari bekerja setelah menerima “Laporan penyelesaian disahkan”

Anda perlu menyahaktif makanan itu dari menu untuk mengelakkan pesanan dibuat oleh  pelanggan

Sekiranya peniaga tidak menerima pesanan pelanggan lebih 3 kali, sistem akan menyahaktif akaun peniaga selama 24 jam

Anda boleh berhenti mengambil pesanan sementara. Apabila anda mengaktifkan fungsi rehat ini, restoran anda akan dipaparkan di aplikasi sebagai “tutup sementara”.

Sekiranya demikian, sila hubungi khidmat pelanggan kami 603-2725 5678 atau WhatsApp 6016-339 9951 dan berikan ID Pesanan kepada kami. Kami akan menghubungi pelanggan dan memberi nasihat dan penyelesaian.

Anda boleh menghubungi kami di 603-2725 5678 atau WhatsApp 6016-339 9951 dan khidmat pelanggan kami akan membantu anda.

FAQs Untuk Penghantar

Lapar hanya membawa makanan yang disediakan oleh restoran Muslim atau Halal kepada pelanggan kami. Penunggang Muslim dapat menghantar makanan tanpa sebarang masalah sambil menjana pendapatan anda.

  • – Telefon pintar (Android atau iOS) beserta data Internet
    – Berumur 18 tahun ke atas
    – Warganegara Malaysia
    – Mempunyai motosikal (dengan Lesen Memandu Malaysia yang sah)
  1. – Daftar dan hantarkan maklumat anda. (Tekan butang daftar untuk mendaftar permohonan)
  2. – Wakil kami akan menghubungi anda untuk menyelesaikan pendaftaran.
  • – Selesaikan latihan anda dan terima seragam penghantaran anda.
  1. – Mulakan penghantaran dan terima pendapatan.

Ya, anda boleh menjadual waktu bekerja anda walaupun satu jam atau sehari

Ya, anda boleh memilih kawasan di dalam Malaysia yang ingin anda membuat penghantaran selagi berada dalam liputan perkhidmatan Lapar kami. Hanya perlu ke kawasan itu dan log masuk!

Anda akan menerima komisen anda secara harian dan tambahan insentif beserta bonus bulanan

Langkah 1: Setelah tiba di alamat penghantaran, penghantar perlu menghubungi pelanggan sekurang-kurangnya 2 kali

Langkah 2: Sekiranya tiada jawapan, tunggu 5 minit lagi dan hubungi 2 kali lagi.

Langkah 3: Jika masih tiada respon, penghantar perlu mengambil gambar pesanan dan premis pelanggan untuk dihantar ke khidmat pelanggan.

Sekiranya masih tiada jawapan

Pilihan 1:

Tinggalkan makanan di pondok pengawal dan hantarkan gambar kepada pelanggan sebagai bukti penghantaran.

Pilihan 2:

Sekiranya rumah teres, tinggalkan makanan di tiang / gerbang dan hantarkan gambar kepada pelanggan sebagai bukti penghantaran.

Pilihan 3:

Sekiranya kedua-duanya tidak dapat, penunggang boleh meninggalkan kawasan tersebut dan membuang makanan.

* Tangkapan skrin semua log panggilan dan mesej yang dihantar untuk dijadikan tujuan pengauditan.

Hubungi atau hantarkan pesanan kepada pelanggan untuk memaklumkan keadaan cuaca dan waktu penghantaran mungkin sedikit dilanjutkan.

Hubungi khidmat pelanggan untuk melaporkan masalah tersebut dan perkhidmatan pelanggan akan menghubungi pelanggan untuk mengesahkan statusnya.

Lokasi Kami

Lintasan Supremasi Sdn Bhd (830090-M)

A-3-1, Northpoint Offices, Mid Valley City
No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.

Copyright @ 2020 Lapar