Kemas kini terkini Aplikasi Vendor LAPAR Versi 3.0.1
Sebagai menyokong perubahan yang akan datang pada pasaran penghantaran makanan, kami membuat pengemaskinian pada aplikasi Vendor LAPAR kami. Sila muat turun Aplikasi Vendor LAPAR anda kepada versi terkini untuk membolehkan anda akses kepada ciri dan peningkatan terkini.
1. Muat turun Aplikasi Lapar Vendor 3.0.1 untuk nikmati pelbagai pembaharuan ciri dan fungsi terkini.
Langkah 1: Cari “LAPAR Vendor” daripada Google Play Store atau App Store.
Langkah 2: Klik “Update”.
Langkah 3: Ikon aplikasi akan berubah seperti di bawah jika kemas kini berjaya.
2. Log masuk melalui ID Peniaga (PENTING)
Aplikasi Vendor Lapar versi 3.0.1 tidak lagi menggunakan e-mel untuk log masuk. Semua peniaga akan dibekalkan ID Vendor melalui e-mel untuk membolehkan peniaga mengakses akaun Vendor Lapar, rujuk kandungan emel yang dihantar sebelumnya untuk rujukan mengenai kata laluan.
Langkah 1: Masukkan ID Vendor & Kata Laluan.
Langkah 2: Akses akaun Vendor anda untuk mula menerima pesanan.
Perlukan bantuan? Sila hubungi Kumpulan Sokongan Peniaga 60163399951 jika anda tidak menerima ID Vendor.
3. Vendor Akaun Online Status
Ketahui status Akaun Vendor anda seperti Online, Offline atau Tutup. Di sini kami menggunakan contoh ini untuk penjelasan.
Cth: Waktu operasi: 8:00am – 9:00pm
Senario 1: Online sebelum jam operasi iaitu 8:00am / selepas jam 9:00pm.
Akaun Lapar: Tutup
Senario 2: Online sewaktu jam operasi perniagaan 8:00am – 9:00pm.
Akaun Lapar: Online
Senario 3: Akaun Offline, tekan butang online apabila kedai tersedia.
Akaun Lapar: Offline
4. Tiada lagi PIN diperlukan
PIN telah dihapuskan, peniaga boleh mengemas kini / mengedit menu tanpa PIN.
Aplikasi Vendor Lapar 2.0.0 PIN yang diperlukan untuk mengakses Menu & Laporan Jualan.
Aplikasi Vendor Lapar 3.0.1 Menghapuskan pin akses untuk memudahkan peniaga membuat pengubahsuaian tanpa had.
5. Mengemaskini menu
Langkah 1: Klik “Menu” untuk melihat ketersediaan item dan menambah/edit kategori dan item.
Paparan berapa banyak item kehabisan stok untuk setiap kategori.
Langkah 2: Klik untuk aktif/nyahaktif kategori.
Hijau = Tersedia; Kelabu = Ketiadaan Stok
Klik “Edit” untuk mengedit nama kategori.
Klik “Lihat” untuk melihat item di bawah kategori tersebut.
Langkah 3: Klik butang “Tandakan” untuk aktif/nyahaktif item.
Hijau = Tersedia / Kelabu = Ketiadaan Stok
Klik untuk mengedit butiran & harga item
Klik tong sampah untuk memadam menu.
6. Kemas kini waktu operasi
Dapat mengemas kini waktu operasi melalui Aplikasi Vendor.
Langkah 1: Klik “Akaun” > “Waktu Operasi”.
Langkah 2: Klik untuk menetapkan hari cuti perniagaan anda.
Hijau = Kedai buka; Merah = Kedai tutup
Langkah 3: Klik masa untuk melaraskan waktu operasi > kilk “Kemas Kini”.
7. Laporan Jualan
Dapat memuat turun laporan jualan terkini melalui Aplikasi Vendor LAPAR untuk jualan mingguan anda.
Langkah 1: Klik “Akaun” > “Statement”.
Langkah 2: Pilih dan muat turun laporan jualan mingguan yang anda perlukan.
8. Mengeluarkan item kehabisan stok daripada pesanan semasa
Peniaga kini boleh mengeluarkan item kehabisan stok dari pesanan semasa tanpa membatalkan keseluruhan pesanan.
Langkah 1: Klik ikon tong sampah untuk mengalih keluar item yang tidak tersedia sebelum menerima pesanan. Setelah diterima, Vendor tidak boleh mengedit pesanan lagi.
Langkah 2: Hubungi pelanggan untuk memaklumkan item yang tidak tersedia akan dialih keluar daripada pesanan.
Langkah 3: Setelah disahkan, item yang dialih keluar akan ditunjukkan seperti di atas. Penjual boleh mula menyediakan pesanan selebihnya
PENTING: Sistem tidak akan menghidupkan item tersebut secara automatik (item kehabisan stok) pada hari berikutnya. Anda mesti menghidupkannya semula apabila item tersedia/diisi semula.
Langkah 4: Pastikan item yang kehabisan stok kemudiannya ditutup di ruangan menu.
Klik “Menu” > Tutup Kategori / Item yang anda alih keluar sebentar tadi. (Kehabisan stok)
Berikut adalah kriteria
(a) Tidak boleh melaraskan kuantiti item
Cth. Pelanggan membuat pesanan 2 set Chicken Chop namun hanya 1 set Chicken Chop stok tersedia di kedai. Peniaga tidak boleh melaraskan kuantiti pesanan kepada 1. Peniaga hanya boleh mengeluarkan keseluruhan item dari pesanan semasa.
(b) Tidak boleh mengeluarkan item jika nilai pesanan kurang dari RM7
Peniaga tidak dapat mengeluarkan item kehabisan stok sekiranya nilai keseluruhan pesanan akan menjadi kurang daripada RM7.
*Peringatan: Peniaga boleh menghubungi pelanggan untuk cadangan pertukaran item yang kehabisan stok kepada menu lain yang tersedia bagi mengelakkan pembatalan pesanan.
Lokasi Kami
Lintasan Supremasi Sdn Bhd A-3-1, Northpoint Offices, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.